Diterbitkan pada 19 April 2023, 14:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kategori rayuan ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi Kalendar Akademik sesi 2023/2024 akan dikeluarkan pada 20 April 2023 (Khamis).

KPM memaklumkan bahawa semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan yang berikut:

  1. Tingkatan 1
  2. Tingkatan 4

Bagi kategori rayuan ini, sebanyak 1783 orang murid Tingkatan 1 dan sebanyak 404 orang murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP, manakala sebanyak 1886 orang murid Tingkatan 1 dan sebanyak 971 orang murid Tingkatan 4 pula ditawarkan ke SMKA. KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya ditawarkan dan selamat maju jaya.

KPM sentiasa komited untuk terus memastikan setiap murid di Malaysia mendapat hak untuk akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi