Diterbitkan pada 18 April 2023, 13:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Syarikat Penerbangan Air Asia bagi membantu guru dan ahli keluarga yang terlibat untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak, sempena perayaan Aidilfitri ini.

Menurut KPM, pihaknya cakna dan memahami kesulitan akan keperluan tiket penerbangan bagi para guru yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebanyak 10 orang guru yang terdiri daripada pelbagai kaum bersama-sama 48 orang ahli keluarga mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket penerbangan pulang berhari raya ke negeri Sabah dan Sarawak.

Sehubungan dengan itu, kesemua guru dan ahli keluarga berkenaan telah memulakan penerbangan menaiki penerbangan Air Asia seawal 17 April 2023 dengan menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam yang layak diterima.

Mengulas lanjut, KPM memaklumkan bahawa semua penjawat awam yang layak menerima Waran Perjalanan Udara Awam masih menerima manfaat seumpamanya.

Pada masa yang sama, KPM menegaskan bahawa hebahan palsu berkenaan tiket penerbangan percuma pada musim perayaan seperti yang diuar-uarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan orang ramai.

Jelas KPM, perkara tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan kesejahteraan dan kebajikan para guru sentiasa dipelihara,” menurut KPM dalam kenyataan media pada petang ini.

Sumber foto: Farid DBP

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi