Diterbitkan pada 14 April 2023, 17:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Dinesh a/l Govinda Rajan menerima insentif kemenangan sebanyak RM10000 di Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan di Dewan Teratai, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, semalam.

Alor Setar – Atlet sukan Kedah yang membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa menerima ganjaran dari kerajaan negeri sempena berlangsung Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan di Dewan Teratai, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, semalam.

Mereka menerima ganjaran itu susulan daripada kemenangan dalam pelbagai acara sukan, termasuklah olahraga, memanah, renang dan lain-lain lagi dalam Kejohanan Temasya SUKMA kali ke-20, Majlis Sukan Negara (MSN) berlangsung pada 1 hingga 6 November 2022 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Noor ketika berucap dalam majlis itu berkata,

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negeri Kedah kerana memenangi pingat tersebut.

“Kontinjen Kedah berjaya memenangi sebanyak 39 pingat secara keseluruhan, iaitu 11 pingat emas, 16 pingat perak dan 12 pingat gangsa dan berada pada kedudukan kelapan daripada 15 negeri yang mengambil bahagian.

Menurutnya, penganugerahan begini bukanlah suatu perkara baharu dan menjadi amalan berterusan setiap kali kejayaan atlet-atlet berkenaan dan yang belum berjaya, perlu tingkatkan latihan masing-masing.

Terdahulu itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd. Firdaus Ahmad mengatakan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited dan mengiktiraf semua atlet dan penggiat sukan.

“Atlet yang berjaya memenangi pingat emas menerima wang sebanyak RM3500, manakala pingat perak menerima sebanyak RM2000 dan pingat gangsa menerima sebanyak RM1000.”

“Jurulatih SUKMA juga diberikan ganjaran RM500 kepada setiap seorang bagi acara sukan yang dimenangi,” katanya.

Turut hadir Pegawai Belia Sukan Negeri Kedah, Mohd. Nizam Ismail, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, Zulzuraidy Othman dan Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Kedah, Siti Norbaya Romli.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi