Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April 2023, minggu depan.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata,
Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.”
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Menurutnya dalam kenyataan media pada petang ini, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian atau sistem pesanan ringkas (SMS).
Beliau turut menjelaskan bahawa sistem ini akan diaktifkan bermula pada pukul 10.00 pagi (18 April 2023) hingga pukul 6.00 petang (24 April 2023).
Mengulas lanjut, KPM memaklumkan sebanyak 4634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.