Diterbitkan pada 7 April 2023, 16:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap sembah oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Hospital Putrajaya pada petang semalam.

Turut hadir menemani beliau ialah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

DYMM Raja Perempuan Perlis berkenan mencemar duli meluangkan masa bersama-sama Perdana Menteri dan isteri untuk seketika di perkarangan hospital.

Turut berada sama di sisi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada Sabtu, 1 April 2023 baru-baru ini ialah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Anwar dan Wan Azizah mempersembahkan ucapan selamat kepada Tuanku Raja Perlis dan berharap agar Baginda dikurniakan kesembuhan segera.

Perdana Menteri dan isteri yang tiba pada jam 1.30 petang berada bersama Baginda Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan sehingga kira-kira jam 2.15 petang di hospital berkenaan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi