Diterbitkan pada 20 Mac 2023, 17:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penyelidikan berimpak tinggi dapat membantu kedudukan universiti pada tahap yang lebih baik, sekali gus meningkatkan kelangsungan pendidikan masa hadapan khususnya menerusi penghasilan jurnal.

Untuk meningkatkan keupayaan dan kepercayaan kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), kepekaan pengurusan terhadap permasalahan pelajar perlu dititikberatkan, selain kebajikan pelajar yang menjadi keutamaan.

“Monash University merupakan salah sebuah daripada 50 universiti terbaik di dunia.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Canselor Monash University dari Melbourne, Australia, Peter Young AM KC di Sunway Resort Hotel and Spa sebelum berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Monash University Malaysia 2023.

Turut hadir bersama baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan baginda disambut oleh Presiden merangkap Pro-Naib Canselor (Interim) Monash University Malaysia, Professor Matthew Gordon Nicholson, dan Ahli Majlis Universiti Geraldine Johns-Putra dan Naib Presiden (Pendidikan), Professor Beverley Joyce Webster.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi