Diterbitkan pada 10 Mac 2023, 11:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Program Digitalisasi Pendidikan Jamalullail (DPJ) yang melibatkan mass participation atau pelibatan menyeluruh seramai 4642 orang guru dan juga 47 094 orang murid sekolah di negeri Perlis.

Keberangkatan baginda di Masjid Darul Ibadah, Kampung Padang Behor, Kangar disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs berkata,

Menjadi hasrat negeri Perlis dan baginda secara peribadi untuk melihat negeri ini terus menerajui dan mendahului digitalisasi pendidikan, bahkan juga dalam sektor yang lain secara meluas atau menyeluruh.

Untuk rekod, idea atau asas kepada DPJ ini adalah untuk mendigitalkan sektor pendidikan di negeri Perlis, iaitu bermula pada Januari tahun 2021 yang lalu lagi.

Digitalisasi pendidikan di Perlis merupakan kesinambungan daripada pendidikan secara dalam talian ketika era pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia.

“Perkara ini lebih membanggakan apabila Inisiatif Digitalisasi Pendidikan Perlis ini telahpun mendahului Pelan Digitalisasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah diumumkan pada Januari 2022.”

“Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan DPJ ini kerana kemenjadian anak-anak pelajar kita adalah tanggungjawab kita bersama serta bukti bahawa kita memandang serius terhadap pendidikan anak-anak kita.”

Bagi tujuan itu, pihak IX Ventura dengan produk SnappEd merupakan rakan strategik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih melalui proses tender terbuka bagi menerajui inisiatif DPJ ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi