Diterbitkan pada 9 Mac 2023, 21:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Penjadualan semula peperiksaan SPM melibatkan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana terkesan dengan bencana banjir dan calon yang disahkan positif COVID-19.

Putrajaya – Penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dilaksanakan pada 16 hingga 22 Mac 2023.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penjadualan semula peperiksaan ini melibatkan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan rentetan daripada bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Selain itu, calon tersebut termasuklah pelajar yang disahkan positif COVID-19.

Penjadualan peperiksaan semula ini akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Jelas KPM dalam kenyataan media pada hari ini,

Maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan yang perlu diduduki akan dimaklumkan oleh JPN kepada calon serta sekolah yang terlibat.”

“Calon turut dinasihatkan untuk menghubungi talian bilik gerakan Lembaga Peperiksaan (LP) dan JPN di seluruh negara seperti di lampiran bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Talian bilik gerakan yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022.

Pada masa yang sama, KPM akan terus memantau situasi banjir dan persediaan dari segi logistik, kesiapsiagaan pusat peperiksaan dan pelantikan petugas peperiksaan bagi memastikan penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi