Diterbitkan pada 19 Februari 2023, 12:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan ucapan selamat maju jaya kepada semua calon pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bermula esok hingga 15 Mac 2023.

Menurut baginda, sektor pendidikan merupakan elemen penting dalam menyediakan modal insan mampan bagi memastikan kejayaan yang dihasratkan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan sistem pendidikan mampu melahirkan modal insan berkualiti, berkebolehan menguasai dan mengaplikasi ilmu, serta memiliki daya kreativiti dan inovasi tinggi.

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

Demikianlah titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli bagi menyantuni keluarga asnaf anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Antara penerima sumbangan agihan zakat yang disampaikan oleh Tuanku Raja Muda ialah Bakar Abdullah, 88 tahun yang tinggal di Kampung Titi Tok Bandar, Hannah Abdullah, 58 tahun rumahnya di Kampung Tok Kuning dan Siti Minah Man, 65 tahun bermastautin di Kampung Hutan Melintang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi