Diterbitkan pada 15 Februari 2023, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Hasil pemantauan prestasi capaian dan tindakan pemulihan terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan autonomi kepada guru untuk memilih cara pengisian pentaksiran bilik darjah (PBD) murid bagi sesi akademik tahun 2022/2023.

Menurut KPM dalam kenyataan media pada pagi ini, guru diberi pilihan sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau secara hibrid.

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.”

Jelas beliau mengulas lanjut berkaitan dengan isu gangguan capaian terhadap sistem SPPB yang berlaku baru-baru ini.

Meskipun begitu, KPM terus komited mencari alternatif terbaik bagi mengurangkan beban tugas guru dalam memastikan kebajikan guru terpelihara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi