Diterbitkan pada 16 Januari 2023, 21:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap hormat oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Balai Menghadap Biru, Istana Arau tengah hari tadi. Turut berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sepanjang kunjungan sembah menghadap yang berlangsung selama satu setengah jam itu, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda Perlis berkenan untuk berbincang bersama-sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan perancangan pembangunan negeri Perlis khususnya projek mega yang melibatkan Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Padang Besar dan Jeti Sanglang, yang dipercayai mampu menjadi pemangkin bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan melonjakkan aspek sosioekonomi di negeri Perlis.

Menurut kenyataan Istana Arau, Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap sokongan dan komitmen yang tinggi daripada Kerajaan Persekutuan agar terus menyokong Kerajaan Negeri Perlis secara berterusan dalam segala aspek terutamanya dalam hal ehwal kebajikan rakyat dan pembangunan di negeri tersebut. Baginda bertitah dengan meletakkan keyakinan penuh bahawa, sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar akan terus komited dalam usaha membantu meningkatkan kemajuan negeri Perlis.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi